Ya ALLAH Ya Tuhanku , jika aku bukanlah seorang sahabat yang baik baginya , yang selalu membuatkannya sedih & menangis , yang selalu menyakiti hatinya tanpa niatku , maka aku mohon kepadaMU agar Engkau kurniakanlah seorang sahabat yang lebih baik dariku kepadanya . Seorang tidak akan membuatkan dia berasa sedih lagi , yang akan membuatkan dia berasa tenang & gembira selalu , yang akan sentiasa berada disisinya ketika kesusahan . Aku memohon ampun kepadaMU & kepadanya sekiranya aku telah melakukan kesilapan didalam persahabatan ini apatah lagi diatas kekuranganku yang tak mampu untuk digelar sebagai sahabat sejati dikala aku hanya menginginkan yang terbaik buat dirinya . Ya ALLAH yang Maha Agung lagi Maha Pengampun , aku memohon kepadamu seikhlas hati nurani agar Engkau ampunkanlah diriku ini yang masih belum mengenali apa itu erti persahabatan yang sebenar . Amin Ya Rabbal Alamin :')
Wahai sahabat , saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda . Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menanyakan khabar kamu , saya hanya mahu kamu tahu bahawa saya sentiasa mengingati kamu & tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dunia & akhirat untukmu . Maafkan saya jika saya tak mampu lagi menemani kamu pada suatu hari nanti kerana ketentuan takdirNya , sementara itu marilah kita mendoakan apa yang terbaik untuk persahabatan ini & semoga ianya berkekalan dengan keizinan ALLAH s.w.t .
amin..
ReplyDelete