Thursday, March 10, 2011

sekian lama : ?

apa yang sekian lama riena ooi ? HAHA . tak payah nak lam sangat la kan . HAHA .
lama tak update blog laa aku maksudkan . lama kaaa ? tak laa lama sangat kan . act , nak ja update blog hari2 . tapi disebabkan demam lepas balik dari penang . tak larat sangat . that why laa tak update blog . so , hari ni kiri okay la sikit kan , dan terlalu bosan , tak tahu nak buat apa , update la blog = )

okay . nak cerita pasal balik penang hari tu . best sangat . HAHA . apa yang best ? best laa . dah macam pegi holiday pulak . ta payah nak holiday sangat laa kan . balik rumah sendiri je kot . HAHA . mera je yang pegi holiday . mera ? holiday mana ? HAHA . mera ikot aku balik penang . act , aku tak rancang pun nak balik penang . mera yang rancang . sebab dia nak celebrate birthday bf dia . ops a.k.a exbf dia . HAHA . yaaa . birthday jai hari jumaat lepas . tapi disebabkan hari jumaat tu aku bawak mera pegi round2 penang , kitorang celebrate birthday jai hari sabtu pagi jaa . sweet sangat aku tengok even dorang dah break :') teringat kisah lalu . HAHA . ta payah nak ingat sangat laaa kan . eh , biar laa aku nak ingat . kesah ? HAHA .

kitorang bertolak hari tu hari khamis pukul 12 tengah malam . ee tak takut ka balik malam2 . dah laa perempuan , berdua pulak tu . berdua kaa ? bertiga laa . jangan risau . HAHA . sapa sorg lagi tu ? teka laaa :D ta payah nak suspen sangat laa kan . dengan abang angkat aku laa . kebetulan dia nak balik kulim kan . aku ajak laa dia balik sekali . tak de laa takut sangat kan . bertolak dalam pukul 12 sampai penang dalam pukul 3 lebih macam tu . lajunyaaaaa . mau tak laju . laki bawak . faham2 jelakan . HAHA . sampai penang tu tak balik rumah lagi . pegi hantar vabang angkat aku tu dekat kulim . lepas hantar pun tak balik rumah lagi . pegi lepak mcd dulu . guess what ? otw nak pegi mcd tu ada laa kereta lahanat mana tah follow kitorang dari belakang . pantang nampak perempuan sikit . riaksi ? memang cuak laa kan . nasib laa follow sekejap je . kalau laa lama , mmg kitorang pusing masuk balai laa kan . demi keselamatan = ) sampai mcd , lepak minum kejap , borak2 kejap . dalam pukul 5am terus balik rumah . sampai2 mama ada depan pintu . HAHA . tapi mama kejap je depan pintu tu sebab esok tu mama keje kan . kitorg tido memang kelaut laa . HAHA .

bangun tido dalam pukul 12tgah hari . wowwww . baiknyaa anak dara bangun tegah2 hari . HAHA . peduli apa . HAHA . bangun , mandi , borak dengan akak , abg , akak ipar and atok . HAHA . apa lagi gosip laaa . lama tak balik kan . so , nak tahu jugak perkembangan family macam mana . alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku . amin (: lepas sakan berborak , perut lapar . makan beramai ramai . tapi sedih laa . mama and akak aku sorang lagi tak ada . kalau ada lagi meriah :') lepas makan halo2 abang angkat aku tu tnyaa plan nak g mana . then siap . dalam pukul 3 keluar bawak mera pegi round2 penang . firstly pegi queensbay mall . windo shooping je . tak masyuk plak . HAHA . lepas tu pegi makan laksaaa . perh . laksa penang terbaik . lepas makan , macam biasa . pegi tempat aku selalu pegi . apa lagi , pantai laa . pegi tenangkan fikiran jap . lepak2 jap . lepas tu pegi gurney plak . makan mcd pulak . HAHA . padahal baru lepas makan laksa je kan . pantang jumpaaa :D lepas makan mcd , jalan2 gurney . then pegi padang kota . buat apa dekat padang kota ? apa lagi , makan laa . makan kepah . pergh . 4 pinggan jugak laa kan . kepah tu apa ? kepah tu sebijik macam siput lala . sedap gilaa laa . sampai menjilat jari . bayangkan dia punya sedap macam mana . sampai 4 pinggan . HAHA . lepas tu lepak2 kejap . dalam pukul 12 macam tu balik . balik rest kejap , keluar pulak . g mana pulak . pegi celebrate birthday jai laa . lepak kedai mamak je . HAHA . then lepak pantai lagi . biasa laa nak berdua kan . dalam pkul 3 , balik tidooooooo . HAHA

 keesokan hari . hari sabtu . tak kuar g mana pun . sebab nak spend time dengan mama <3 time masak memasak :) mama masak banyak sangat . kenapa ? buat kenduri ka ? bukan laa . malam tu ada bbq laa . best sangat . bab2 makan ni best laa kan . HAHA . dalam pukul 6pm gerak pegi ke lokasi bbq . dekat mana ? tepi pantai . yeayyyyyy . pantai lagi . HAHA . suka aku dengan pantai ni (: ramai gilaa kawan2 mama . dah macam berparty sudaa . HAHA . tapi kannnnnnnnn , yang tak best didengar , kawan2 mama cakap aku dah gemuk . taksukaaaaa (!) aku rasa macam kurus jaa . perasan jaa :p tak lama pun kitorang dekat situ . lepas kenyang makan , next location , karoke . yeayyyyyy . karoke bersama mama . HAHA . mama saya sangat cool . sekian lama tak dengar suara mama . dapat duet dengan mama <3 karoke sampai lebam . HAHA . 3am sampai rumah . masing2 penant . terus tido .

hari ahad . dah nak balik kL . spend time lagi dengan mama . kali ni ramai lagi . sedara semua datang . sebab ada kenduri dekat sebelah rumah tu . that why ramai turun :) lagi ramai lagi best . borak punya borak sampai tak ingat nak balik kan . sedar2 dah pukul 5 . kelang kabut dibuatnyaa . nak gerak awal laa . sebab takut sampai lambat plak . kang dah pukul 12 tengah malam dah tak boleh masuk . kemas2 barang , jejak kasih kejap . pukul 5.3o pm gerak balik kL . sedih pun ada jugak laa . ntah bila pulak laa aku nak balik . okay , sampai kl dalam pukul 9.3o pm . terus balik hostel . terus tumbang . penat punya pasal kan (:
act tak sabar nak balik hostel sbb rindu sangat dekat D.Y sayaa . kesian dia tinggal sorang2 . balik tu bersihkan diri jap , terus peluk D.Y saya . HAHA . esok tu terus demam . aku pun macam pelik ja . tetiba jaa demam . myb cuaca kot . agak laaa .

perasanaan ? agak happy laa dapat balik penang . jumpa mama . hangout dengna mama . dapat lepas rindu dengan mama . dapat makan masakan mama . besttt sangat . tapi kan , ada jugak yang bermain dapam pala otak aku ni . hummm . apa eh ? tak pe laa korang ta payah la tahu kan . biar aku dan aku ja yang tahu :')

*aku dah kenapa ? dah macam buat karangan je kan . HAHA . act , malas nak masukkan gambar . kalau ada gambar ni tak denyaa nak buat karangan macam ni kan . HAHA .

                 

No comments:

Post a Comment